Tribunal hendaklah, jika dapat dilaksanakan, membuat Awardnya dalam masa 60 hari dari hari pertama pendengaran bermula.
Tribunal boleh membuat satu daripada Award yang berikut atau lebih –
supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar wang kepada mana-mana pihak yang lain;
supaya barang dibekalkan atau dibekalkan semula;
supaya barang yang dibekalkan atau yang dibekalkan semula kepada pengguna diganti atau dibaiki;
supaya harga atau apa-apa balasan lain yang telah dibayar atau dibekalkan oleh pengguna atau mana-mana orang lain dibayar balik kepada pengguna atau orang itu;
supaya sesuatu pihak mematuhi gerenti;
supaya wang diawardkan untuk memberikan pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Pihak Yang Menuntut;
supaya kontrak itu diubah atau diketepikan pada keseluruhan atau sebahagiannya;
supaya kos untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar;
supaya bunga dibayar di atas apa-apa jumlah wang atau award kewangan; atau/dan