Keanggotaan Tribunal

Seksyen 86 Akta 599 memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan tidak kurang daripada lima orang anggota Tribunal lain yang dilantik oleh Menteri daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau orang yang berkelayakan mengikut pengertian Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguam Bela Sabah [Bab 2] atau Ordinan Peguam Bela Sarawak [Bab 110].