Privasi & Polisi

Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Aplikasi Mobil ezTTPM KPDN

Bermatlamat untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk membuat aduan, semakan dan permohonan kes secara atas talian melalui peranti mudah alih tanpa perlu hadir secara fizikal ke pejabat tribunal dan memenuhi impian berikut:
- Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Kes
- Menambahbaik Pengalaman Pengguna
- Meningkatkan Ketelusan dan Kebolehpercayaan
- Pendidikan dan Kesedaran Pengguna
- Menyokong Agenda Pendigitalan Kerajaan


Mempercepatkan proses pendaftaran, penjadualan, semakan status dan pengendalian kes aduan pengguna melalui automasi dan digitalisasi proses. ​
Menyediakan antara muka yang mesra pengguna dengan navigasi yang intuitif bagi membolehkan pengguna memahami hak mereka dan menggunakan saluran tribunal dengan lebih efektif. ​
Menyediakan maklumat kes dan status terkini secara telus kepada pengguna serta rekod digital sebagai bukti rujukan. ​
Menyediakan maklumat berkaitan hak pengguna, prosedur tribunal, dan soalan lazim bagi meningkatkan kesedaran pengguna terhadap saluran penyelesaian pertikaian. ​
Menyelaraskan pembangunan aplikasi dengan inisiatif kerajaan dalam memperluas penggunaan teknologi digital untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam.

Objektif utama Aplikasi e-Tribunal dibangunkan adalah untuk mencapai matlamat berikut:
a) Untuk membolehkan pengguna awam membuat pertanyaan dan pemfailan beserta pembayaran fi dalam talian
b) Untuk membolehkan pengguna dalaman menguruskan pertanyaan dan memproses pemfailan dalam talian
c) Untuk membolehkan pengguna awam menyemak Status Pertanyaan, Status Pemfailan dan Status Pendengaran
d) Untuk membolehkan pengguna dalaman membuat carian Pertanyaan, Tuntutan dan Borang 1
e) Membolehkan pengguna awam membuat penilaian sistem dan menjana laporan penilaia

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini melainkan maklumat yang dikemukakan oleh anda menerusi aplikasi ini sendiri melalui pendaftaran pengguna, pemfailan tuntutan, pertanyaan, dan pembelaan tuntutan.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
EzTTPM tidak mempunyai pautan ke laman web lain. 

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.