Mana-mana pihak yang gagal selepas 14 hari untuk mematuhi suatu Award yang dibuat oleh Tribunal melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Dalam hal kesalahan berterusan, pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti di atas, didenda tidak kurang daripada RM100.00 dan tidak melebihi RM5,000.00 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Pihak-pihak boleh mengemukakan aduan untuk ketidakpatuhan Award kepada Bahagian Penguatkuasa KPDN.
1-800-88-9811
https://www.kpdn.gov.my