Prosedur Pendengaran
Secara ringkasnya, prosedur pendengaran adalah seperti yang berikut:
- Pihak Yang Menuntut (PYM) dan Penentang hendaklah mematuhi Notis Pendengaran (Borang 4) yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Tribunal untuk hadir pendengaran pada tarikh, tempat dan masa yang ditetapkan;
- Semasa pendengaran, PYM dan Penentang tidak boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara bagi suatu pendengaran;
- Seseorang orang belum dewasa, atau mana-mana orang lain yang tidak berupaya boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya;
- Jika Penentang adalah syarikat/pertubuhan perbadanan/pertubuhan/firma hanya boleh diwakili oleh:
- seorang pekerja yang bergaji sepenuh masa dan membawa surat kuasa wakil (authorization letter);
- pengarah, tuan punya atau pekongsi hendaklah mengemukakan salinan Borang 49 di bawah Companies Regulations 1966 dan butir-butir perniagaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
- Pendengaran tuntutan dalam Tribunal akan dijalankan di hadapan seorang Presiden dan beliau boleh pada bila-bila masa membantu pihak-pihak dalam menjalankan prosiding tuntutan mereka;
- Semasa pendengaran, Tribunal hendaklah, jika wajar, membantu pihak-pihak merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu;
- Semasa pendengaran, pihak-pihak berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong tuntutan masing-masing; dan
- Semua pendengaran di hadapan Tribunal adalah terbuka kepada orang ramai.
1-800-88-9811
https://www.kpdn.gov.my