TTPM ditubuhkan pada 15 November 1999 di bawah seksyen 85, Bahagian XII Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599]. TTPM beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
- Menyediakan forum alternatif kepada Mahkamah Sivil untuk pengguna membuat tuntutan tebus rugi berkenaan dengan pembelian barang atau memperoleh perkhidmatan secara mudah, murah dan cepat.
- Mendengar dan mengadili tuntutan dengan bebas, adil dan saksama.
- Membangunkan undang-undang berhubung perlindungan pengguna.
Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar -
- tuntutan untuk tebus rugi bagi pembelian barang dan perkhidmatan yang dibenarkan di bawah Akta 599;
- tuntutan yang jumlah amaunnya tidak melebihi RM50,000.00; dan
- tuntutan yang terakru dalam masa 3 tahun dari tuntutan itu.
TTPM tiada bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan -
- berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;
- bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;
- pertikaian mengenai hakmilik kepada mana-mana tanah atau estet atau kepentingan mengenai tanah;
- pertikaian mengenai hak mana-mana orang di bawah suatu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tidak berwasiat (termasuk kematian tidak berwasiat separa);
- perkhidmatan ahli profesional yang dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis;
- perkhidmatan jagaan kesihatan;
- perkhidmatan penerbangan; dan
- pertikaian berkaitan dengan hal-hal -
- francais;
- nama baik;
- rahsia perdagangan atau harta intelek lain; dan
- apa-apa hak dalam tindakan atau apabila mana-mana Tribunal telah ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan berkaitan dengan perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.
Pengguna boleh memfailkan tuntutan dengan mengisi Borang Pernyataan Tuntutan (Borang 1) yang boleh diperolehi secara percuma dari semua Pejabat Pendaftaran Tribunal dan juga boleh dimuat turun dari portal e-Tribunal. Pengguna juga boleh memfailkan tuntutan secara dalam talian melalui sistem e-Tribunal di laman sesawang https://ttpm.kpdn.gov.my.
Fi pemfailan adalah sebanyak RM5.00.
"Pengguna" ertinya seseorang individu yang memperoleh atau menggunakan atau membeli barang atau perkhidmatan yang lazimnya untuk kegunaan atau penggunaan diri, rumahtangga atau isi rumah. Manakala individu yang membeli, menggunakan atau memperoleh barang atau perkhidmatan bagi tujuan perniagaan atau dibeli atas nama syarikat adalah bukan seorang pengguna.
Tidak boleh, kerana hanya satu forum yang boleh mendengar dan memutuskan tuntutan yang sama pada satu-satu masa.
Pejabat Pendaftaran Tribunal akan menetapkan tarikh, tempat dan masa pendengaran diadakan. Pihak Yang Menuntut hendaklah menyerahkan Borang 1 kepada Penentang dan kedua-dua pihak dikehendaki menghadiri pendengaran tersebut.
Penentang boleh menghubungi Pihak Yang Menuntut untuk berbincang mengenai tuntutan bagi tujuan penyelesaian. Sekiranya tiada penyelesaian dicapai, Penentang boleh memfailkan Borang Pernyataan Pembelaan Dan Tuntutan Balas (Borang 2) di Pejabat Pendaftaran Tribunal. Satu salinan Borang 2 hendaklah diserahkan kepada Pihak Yang Menuntut.
Pihak-Pihak boleh menyelesaikan tuntutan sebelum tarikh pendengaran. Jika tuntutan berjaya diselesaikan sebelum hari pendengaran, Pihak Yang Menuntut hendaklah menfailkan permohonan Notis Henti di Pejabat Pendaftaran Tribunal atau melalui sistem e-Tribunal dan tidak perlu menghadiri pendengaran.
Pihak-Pihak hendaklah mencetak dan membawa Borang 1, Borang 2 dan Borang 3 (jika berkenaan). Pihak-pihak juga hendaklah menyediakan dokumen yang boleh menyokong tuntutan atau pembelaan atau tuntutan balas (jika berkenaan) dan membawa saksi (jika ada) semasa menghadiri pendengaran.
Tidak dibenarkan.
Tidak dibenarkan.
Pihak yang gagal hadir pendengaran boleh memfailkan Permohonan Untuk Mengetepikan Award (Borang 12) dalam tempoh 30 hari dari tarikh award tersebut diterima.
Presiden yang mendengar tuntutan akan membuat keputusan dan mengeluarkan Award berdasarkan penelitian fakta dan undang-undang.
Award adalah suatu perintah bertulis yang dibuat oleh Presiden.
Tiap-tiap Award yang dibuat oleh Tribunal adalah muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding itu. Award tersebut hendaklah disifatkan sebagai perintah Mahkamah Majistret dan boleh dikuatkuasakan di Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat Award diperoleh.
Mana-mana pihak yang gagal selepas 14 hari untuk mematuhi suatu Award yang dibuat oleh Tribunal melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Dalam hal kesalahan berterusan, pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti di atas, didenda tidak kurang daripada RM100.00 dan tidak melebihi RM5,000.00 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Pihak-Pihak boleh mengemukakan aduan untuk ketidakpatuhan Award kepada Bahagian Penguatkuasa KPDN.
Setiap Award yang dibuat oleh Tribunal di bawah subseksyen 112(2) dan 107(3) Akta 599 adalah muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding itu sepertimana yang dinyatakan di bawah seksyen 116 Akta 599. Walau bagaimanapun, pihak yang tidak berpuas hati dengan Award Tribunal boleh memohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.
1-800-88-9811
https://www.kpdn.gov.my